Perkhidmatan Kami

Skim Pinjaman Mikro

Skim Pinjaman Mikro Koperasi merupakan skim pinjaman tidak bercagar secara konvensional yang ditawarkan kepada semua anggota KOPERASI MODAL DAN AMANAH MALAYSIA BERHAD (KOP-MNA) yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan dengan ciri-ciri perniagaan:-

  • Bilangan pekerja sepenuh masa – kurang daripada lima orang; atau
  • Jualan tahunan – tidak melebihi RM200,000 (Ringgit Malaysia: Dua Ratus Ribu sahaja).

Tujuan Pinjaman Mikro diberikan adalah sebagai bantuan modal perniagaan kepada anggota Koperasi, antaranya:-

  • Modal pusingan; atau
  • Perbelanjaan modal.

Pihak Koperasi bersedia untuk menawarkan Pinjaman Mikro kepada anggota-anggota Koperasi yang berkelayakan, yang mana selaras dengan serunan Kerajaan untuk membantu golongan usahawan kecil dan sederhana dalam mengatasi masalah kekurangan modal pusingan lanjutan daripada pandemic Covid-19.

Melalui pelaksanaan skim pinjaman Mikro, pihak Koperasi yakin dapat menarik perhatian orang ramai untuk menyertai keanggotaan Koperasi.

Penerangan lanjut mengenai kriteria skim Pinjaman Mikro yang ditawarkan oleh koperasi boleh merujuk kepada bahagian Lampiran.