Produk atau perkhidmatan seterusnya yang ingin ditawarkan kepada anggota Koperasi adalah skim pinjaman Peribadi.
Skim pembiayaan peribadi yang berlandaskan konsep shariah dan ditawarkan kepada semua anggota KOPERASI MODAL DAN AMANAH MALAYSIA BERHAD (KOP-MNA) yang berkhidmat di sektor kerajaan dan badan berkanun.
Tujuan pemberian skim kemudahan pembiayaan ini adalah untuk hal-hal yang mustahak dan bermanfaat atau untuk mengatasi dan meringankan masalah anggota Koperasi yang berada dalam kesusahan atau kesulitan. Ianya lebih merupakan satu skim bantuan kepada anggota Koperasi yang perlu dibayar balik mengikut perjanjian.
Pembiayaan peribadi merupakan cara yang mudah dan cepat untuk menyelesai masalah kewangan yang tidak dijangka dalam tempoh yang singkat. Untuk mengelakkan masalah pinjaman peribadi daripada pihak tidak berlesen/tidak berkuasa dengan f dan caj yang melampaui, pihak Koperasi bersedia untuk membantu anggota-anggota Koperasi dengan skim Pembiayaan yang berpatutan.
Bayaran balik Pembiayaan akan diuruskan secara potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) supaya bayaran balik pinjaman anggota dapat diuruskan dengan tadbir dan sistematik.
Penerangan lanjut mengenai kriteria skim Pembiayaan Peribadi yang ditawarkan oleh koperasi boleh merujuk kepada bahagian Lampiran.